Terma Syarat

🏡 PERATURAN TERMA DAN SYARAT HOMESTAY RAUDHATUL JANNAH (HRJ)

Terma ini hendaklah digunakan untuk semua kontrak yang dibuat antara Homestay Raudhatul Jannah (seterusnya disebut HRJ) dengan penyewa-penyewa (seterusnya disebut Penyewa) dan sah untuk semua tempahan dan perjanjian untuk sewa tempat penginapan dan hendaklah digunapakai untuk semua kemudahan di Homestay Raudhatul Jannah.

Dengan membuat tempahan, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma & syarat berikut:-

1. Terma Bayaran Tempahan

Bayaran PENUH diperlukan dibuat semasa membuat tempahan bagi mengesahkan dan mengunci tarikh penginapan.

Tempahan tidak akan disahkan selagi bayaran penuh belum diterima.

Tarikh penginapan hanya akan dikunci selepas bayaran penuh dibuat.

2. Pembatalan Tempahan

Bayaran deposit keselamatan & kebersihan serta bayaran penginapan akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat 7 hari dari tarikh tempahan.

Sekiranya melebihi dari 7 hari tarikh tempahan pembatalan bayaran yang telah dibuat adalah tidak boleh dipulangkan (non-refundable) sekiranya Penyewa membatalkan tempahan.

Sebarang perubahan tarikh adalah tertakluk kepada ketersediaan homestay dan budi bicara pihak HRJ.

3. Deposit Keselamatan & Kebersihan

Bayaran deposit keselamatan dan kebersihan sebanyak RM 100.

Deposit akan dipulangkan dalam tempoh 24–72 jam selepas check-out sekiranya:

✔ Tiada kerosakan

✔ Tiada kehilangan

✔ Homestay HRJ ditinggalkan dalam keadaan memuaskan

Deposit akan DITOLAK / HANGUS sekiranya berlaku:

  • Kerosakan harta benda peralatan/kemudahan yang disediakan
  • Kebersihan HRJ terlalu kotor
  • Kehilangan barang / kunci

Pelanggaran terma & syarat

Sekiranya didapati berlaku penyalahgunaan melebihi jumlah deposit contoh pecah atau kerosakan seperti televisyen, lampu, kipas, aircond, peralatan rumah dan eleketrik yang lain atau sebagainya harga penuh perkakas yang rosak atau kadar penyelenggaraan penuh akan dicajkan ke atas penyewa.

4. Waktu Check-in & Check-out

Check-in: 3.00 petang

Check-out: 12.00 tengahari

Kegagalan untuk mematuhi masa daftar keluar akan dikenakan penalti RM 10 bagi setiap jam.

Daftar keluar selepas jam 2.00 petang akan dikenakan caj penginapan satu hari mengikut kadar semasa.

5. Kebersihan & Keadaan Rumah (HRJ)

Penyewa bertanggungjawab menjaga kebersihan sepanjang penginapan, membasuh peralatan dapur selepas digunakan dan membuang sampah di tempat disediakan.

Caj pembersihan tambahan akan dikenakan jika rumah ditinggalkan dalam keadaan terlalu kotor, berbau & sampah tidak diuruskan dengan baik.

6. Peralatan & Kemudahan

Semua peralatan disediakan untuk kegunaan penyewa untuk digunakan dengan cermat & berhemah.

Sebarang kerosakan, kehilangan, penyalahgunaan akan dikenakan caj gantian mengikut nilai semasa.

7. Keselamatan

Keselamatan Penyewa dan tanggungan Penyewa selama menginap di HRJ adalah di bawah tanggungjawab Penyewa sepenuhnya.

Kecederaan dan kemalangan semasa menginap di premis (HRJ) adalah di bawah tanggungjawap Penyewa.

Kanak-kanak mesti diawasi sepanjang masa.

Penyewa adalah dinasihatkan untuk memastikan premis dalam keadaan berkunci semasa meninggalkan rumah dan elakkan meninggalkan barangan berharga.

Tutup pintu & tingkap sebelum keluar.

Tutup suis elektrik, air & aircond bila tidak digunakan.

8. Larangan

a.❌ Semua kegiatan tidak bermoral termasuk minum arak adalah dilarang di dalam premis

b.❌ Dilarang merokok sama sekali di dalam kawasan premis HRJ (ruang tamu, bilik tidur, bilik air, ruang makan dan dapur).

c.❌ Dilarang membawa bahan terlarang / aktiviti menyalahi undang-undang.

d.❌ Dilarang membawa haiwan peliharaan (kecuali dibenarkan).

⚠️ Pelanggaran boleh menyebabkan penginapan ditamatkan serta-merta tanpa refund & boleh melibatkan undang-undang.

9. Bunyi & Ketenteraman

    • Jaga ketenteraman kawasan

    • Elakkan bunyi bising selepas jam 12 malam.

    • Hormati jiran & komuniti setempat.

10. Kunci Rumah

    • Kunci hendaklah dipulangkan semasa check-out.

    • Kehilangan kunci akan dikenakan caj gantian.

11. Pematuhan Peraturan

    • Dengan menginap di Homestay Raudhatul Jannah penyewa dianggap telah bersetuju mematuhi semua peraturan dan terma syarat di atas.

    • Pihak homestay berhak membatalkan tempahan, menamatkan penginapan sekiranya berlaku pelanggaran terma & syarat.

Terima kasih atas kerjasama penyewa dan memilih Homestay Raudhatul Jannah sebagai tempat penginapan kali ini. Moga perkhidmatan kami ini memberi kepuasan yang terbaik.